S: Bilakah masanya saya boleh mengambil bahagian dalam survey ini?
J: Setelah kami mengirimkan alamat URL beserta username dan password, anda boleh lakukannya di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja baik di rumah ataupun di Kafe' Siber asalkan anda mempunyai akses kepada internet.
S: Berapa banyakkah wang yang akan saya perolehi melalui program ini?
J: Jumlah pendapatan anda bergantung kepada tahap kerajinan anda sendiri. Sekiranya anda sanggup menghabiskan 4 atau 5 jam setiap hari mengisi survey secara online melalui program ini, anda boleh mendapat pendapatan menjangkau RM2000-RM3000 (purata) setiap bulan. Malahan mungkin lebih. Anda tentukan sendiri.
S: Berapa lamakah masa bagi mengisi setiap survey?
J: Itu bergantung kepada syarikat yang mengeluarkan survey tersebut. Namun secara puratanya, setiap survey boleh mengambil masa antara 10-15 minit. Bagi survey yang lebih panjang dan lebih terperinci, masa yang lebih panjang adalah dijangkakan. Walaubagaimanapun bagi survey yang panjang syarikat biasanya akan membayar lebih.
S: Adakah yuran pendaftaran yang dikenakan adalah secara tahunan. Perlukah saya membayar setiap tahun?
J: Tidak. Yuran yang dikenakan adalah sekali ini sahaja. Selepas itu anda akan mendapat akses tanpa had ke program ini. Anda tidak perlu membuat pembayaran lagi sampai bila-bila.
S: Bagaimana sekiranya saya telah membuat pembayaran, tetapi pada masa yang sama tiada lagi kekosongan dalam program ini?
J: Jangan bimbang. Sekiranya tiada kekosongan setelah anda membuat pembayaran, sila emailkan nama anda, nama bank dan no akaun bank anda secepat mungkin ke info@kerjasambilan.biz. Kami akan memulangkan kembali wang anda dalam tempoh kurang 12 jam. Namun ingin kami tekankan bahaa perkara ini tidak pernah berlaku kerana pihak survey-online akan sentiasa membuat pengumuman dari masa ke semasa berkenaan kekosongan yang masih ada dalam program ini.
S: Berapakah jumlah survey yang boleh diambil oleh ahli setiap hari?
J: Tiada had bagi survey yang anda boleh sertai. Tetapi pada kebiasaannya, jumlah survey yang mampu diambil oleh setiap ahli adalah dalam lingkungan 15-20 survey sehari.
S: Bagaimana sekiranya soalan yang hendak saya tanya tiada dalam senarai FAQ ini?
J: Jangan bimbang. Hantarkan soalan anda kepada admin di info@kerjasambilan.biz. Kami akan cuba menjawab soalan yang anda kemukakan dalam tempoh 24 jam.